uhsb@uthm.edu.my
Tel  : +607-453 1334
Fax : +607-453 1650
Block C, UTHM (Kampus Bandar)
Jalan Cempaka 1, Taman Bunga Cempaka Biru
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
http://uhsb.uthm.edu.my
# SITE MAP #

Laman Utama

Maklumat Korporat

Subsidiari

Hubungi

Pautan
LATAR BELAKANG
Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan penubuhan sebuah syarikat milik penuh Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn (KUiTTHO) pada  
15 Januari 2004. Lanjutan daripada kelulusan tersebut, K-UTECH SDN. BHD. ditubuhkan dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 18 Februari 2004. Ibu  
pejabat Syarikat terletak di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.


Kerajaan Malaysia menjenamakan semula KUiTTHO kepada status universiti penuh dan berganti nama menjadi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada  
20 September 2006. K-UTECH SDN. BHD. mengambil inisiatif penjenamaan semula selari dengan kenaikan taraf tersebut dan akhirnya pada 24 Disember 2010,  
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) meluluskan penukaran nama syarikat kepada UTHM HOLDINGS SDN. BHD. dan membawa imej nama UTHM Holdings.


Syarikat bertanggungjawab menguruskan semua bentuk perkhidmatan perniagaan dan perundingan yang berkaitan dengan universiti. Ideanya adalah untuk  
berkongsi kepakaran, teknologi dan sumber UTHM ke sasaran pasaran dan industri yang berkaitan untuk ditukarkan menjadi sebuah bentuk perniagaan yang  
menguntungkan. Dengan demikian, memberikan peluang kerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta melalui perkongsian pintar.


Selain daripada itu, Syarikat juga memperluaskan lebih banyak aktiviti perniagaan untuk meningkatkan nilai pemegang saham dengan mewujudkan sebuah  
persekitaran perniagaan yang berpotensi, sesuai dan selesa untuk pihak luar, baik individu mahupun syarikat.


Syarikat berazam untuk memudahkan pemindahan teknologi dan meningkatkan pengembangan perniagaan dan ekonomi secara aktif. Syarikat berkeyakinan dapat  
memberikan pulangan yang lebih baik atas pelaburan dengan mempelbagaikan operasi perniagaan, dengan demikian mencipta peluang dan membina jaringan  
hubungan.
SYARIKAT MILIK PENUH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA