Projek Perundingan Jordan : Persidangan TVET di Jordan
Lanjutan daripada seminar yang diadakan di Malaysia pada September yang lepas, Projek Perundingan Jordan telah mengadakan persidangan ke-2 yang berlangsung di Amman, Jordan pada 20-21 Februari 2012. Melalui acara yang direncanakan pada kali ini, semua pihak yang terlibat di VTC Jordan dapat memahami dengan lebih mendalam kajian yang telah dijalankan dan mendengar pendapat daripada beberapa buah negara yang menyertai persidangan ini.
Matlamat persidangan ini diadakan adalah untuk berkongsi idea dan pengalaman tenaga pakar TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) daripada pelbagai negara dalam perkembangan terkini TVET, selain memahami keperluan dinamik industri TVET dan mengenalpasti keberkesanan organisasi TVET.
Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM dan beberapa Ahli Lembaga Pengarah UTHM telah bersama-sama dengan perundingan projek ini ke Amman, Jordan bagi menyaksikan sendiri status dan perkembangan projek ini melalui sesi soal jawab dan pembentangan TVET terkini