Jawatan Kosong

PELUANG KERJAYA BERSAMA UTHM HOLDINGS SDN. BHD.

  1. JAWATAN : Eksekutif (Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran)
  2. TARAF JAWATAN : Kontrak
  3. PENEMPATAN : UTHM Holdings Sdn. Bhd.
  4. KELAYAKKAN & SYARAT-SYARAT :
  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Keutamaan diberikan kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer )
  • Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik (pertuturan dan penulisan)
  • Amanah, bertanggungjawab dan rajin
  • Sanggup bekerja diluar waktu pejabat
  • Bermotivasi, proaktif, boleh bekerja secara berkumpulan, serta komited dalam mencapai sasaran yang diberikan
  • Calon perlu mempunyai kemahiran pengurusan yang baik, kemahiran interpersonal, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran menyelesaikan masalah
  • Calon-calon yang mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan amat di alu-alukan.
  1. BIDANG TUGAS
  • Merancang pemantapan Polisi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran mengikut situasi dan perkembangan semasa
  • Merancang pembangunan Penstrukturan Organisasi Syarikat dan skop tugas setiap kakitangan syarikat.
  • Menguruskan perkhidmatan dan hal ehwal berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Perkhidmatan.
  • Menguruskan peraturan-peraturan syarikat berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Perkhidmatan.
  • Menguruskan imbuhan dan elaun-elaun perkhidmatan kakitangan berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Perkhidmatan.
  • Menguruskan hal ehwal berkaitan dengan cuti-cuti perkhidmatan kakitangan berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Perkhidmatan.
  • Merancang dan menguruskan latihan di dalam perkhidmatan berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Perkhidmatan di dalam peningkatan budaya kerja yang cemerlang dan efektif
  • Merancang dan menguruskan faedah dan ganjaran kakitangan berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Perkhidmatan.
  • Meningkatkan hubungan dalaman antara kakitangan syarikat di dalam mewujudkan satu organisasi kerja yang cemerlang
  • Menyediakan laporan-laporan berkaitan dengan Pengurusan Sumber Manusia

____________________________________________________

  1. JAWATAN : Penolong Pengurus (Bahagian Kewangan dan Akaun)
  2. TARAF JAWATAN : Kontrak
  3. PENEMPATAN : UTHM Holdings Sdn. Bhd.
  4. KELAYAKAN & SYARAT-SYARAT :
  • Warganegara Malaysia.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakkan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Ahli Penuh Badan-Badan Iktisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  • Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Keutamaan diberikan kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer )
  • Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang berkaitan
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik (pertuturan dan penulisan)
  • Amanah, bertanggungjawab dan rajin
  • Sanggup bekerja diluar waktu pejabat
  • Bermotivasi, proaktif, boleh bekerja secara berkumpulan, serta komited dalam mencapai sasaran yang diberikan
  • Calon perlu mempunyai kemahiran pengurusan yang baik, kemahiran interpersonal, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran menyelesaikan masalah
  • Mahir dan berpengetahuan dalam mengendalikan perisian Sage UBS Accounting & Billing
  • Calon-calon yang mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan amat di alu-alukan.
  1. BIDANG TUGAS
  • Bertanggungjawab secara keseluruhan berkaitan kewangan dan akaun syarikat induk dan subsidiari
  • Bertanggungjawab terhadap polisi dan garis panduan kewangan syarikat dari segi perakaunan kewangan dan menetapkan prosedur-prosedur pengendalian serta yang berkaitan.
  • Menyediakan Sasaran Kerja Tahunan bahagian Kewangan & Akaun
  • Bertanggungjawab terhadap penyediaan anggaran belanjawan tahunan.
  • Bertanggungjawab terhadap penyediaan penyata kewangan syarikat.
  • Bertanggungjawab menguruskan audit tahunan syarikat.
  • Pengawasan dan pemantauan mengenai hutang berkala syarikat, bayaran tepat pada masa dan menyelesaikan masalah-masalah berkaitan pembekal atau pelanggan.
  • Menguruskan hal berkaitan percukaian syarikat
  • Menguruskan hal-hal lain berkaitan kewangan syarikat.

KLIK SINI untuk permohonan.