KURSUS JANGKA PENDEK DAN PERUNDINGAN ERGONOMIK
Pengenalan

Ergonomik merupakan kajian mengenai hubungan antara pekerja dengan persekitaran tempat kerja, seperti aspek-aspek kejenteraan, peralatan, dan keadaan kerja. Objektif kursus yang dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai Ergonomik, pengendalian secara manual dan penerangan kecederaan otot berangka. Seterusnya mengenalpasti risiko ergonomik di tempat kerja dan mengawal punca berlakunya sesuatu kecederaan semasa bekerja. Selain itu, aktiviti perundingan juga ditawarkan kepada syarikat yang berminat. Perkhidmatan perundingan Ergonomik kami tidak terhad kepada penilaian sahaja, malah melibatkan aktiviti merekabentuk dan penyediaan laporan penilaian risiko khusus Ergonomik (sama ada secara individu atau stesen kerja yang dipilih). Ini penting bagi memenuhi keperluan perniagaan sesebuah syarikat mengikut keadaan semasa.
Malaysia merupakan negara perindustrian baru yang memberi peluang dengan ruang kepada tumbuhnya pelbagai bidang perindustrian di negara ini. Lantaran daripada tumbuhnya pelbagai industri dengan pesatnya di Malaysia. Maka bertambahlah keperluan tenaga kerja dalam pelbagai cabang sektor pekerjaan. Terdapat banyak kes kecederaan melibatkan masalah ergonomik yang berlaku di tempat kerja berdasarkan rekod tuntutan penyakit kesihatan pekerjaan daripada Perkeso.
 
PEJABAT AM
Blok C, Kampus Bandar UTHM, Jalan Cempaka 1, Taman Cempaka Biru,
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.
Telefon : 07 - 453 1334 | Faks : 07 - 453 1650
PEJABAT URUSAN
No. 5, Jalan Universiti 2, Taman Universiti, 86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.
Telefon : 07 - 453 5143 | Faks : 07 - 453 5068
K-UTECH Edu Sdn. Bhd.
E-mel : kutechedu.uhsb@uthm.edu.my
DRIVING PASSION
DELIVERING EXCELLENCE


Golongan pekerja mempunyai risiko untuk mendapat kecederaan dan penyakit kerana mereka terdedah dengan pelbagai hazad dan penyakit yang mungkin ada dalam persekitaran tempat kerja. Oleh yang demikian projek perundingan ergonomik ini mempunyai kepentingan kepada industri bagi memberi pendedahan menjaga keselamatan dan bekerja dalam persekitaran yang kondusif. Kajian dan perundingan persekitaran tempat kerja akan dijalankan di syarikat pelanggan. Selain itu kursus in-house akan turut ditawarkan mengikut keperluan pelanggan.
Workplace/Work Unit/Job/Task
SOCSO Compensation Claim
Latihan Ergonomik dan Perkhidmatan Perundingan

Latihan (In-House)
- Office Ergonomics
- Industrial Ergonomics
- Ergonomics & Manual Handling
- Ergonomics for OSH Committee


Perundingan
- Ergonomics Risk Assessment (ERA) for:








Person In Charge (PIC)


Maklumat lanjut sila hubungi :-

MOHD NASRULL B. ABD RAHMAN, M.Sc.,CEAS
Tutor & Ergonomics Consultant
Phone No: 019-6405352
Email : mnasrull@uthm.edu.my & nasrull_83@hotmail.com
Website : http://nasrull-researcher.blogspot.com/