Pengenalan
PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM adalah sebuah program khas yang diwujudkan oleh  Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dibawah tanggungjawab Pejabat Hubungan Universiti dan Masyarakat, UTHM.
K-UTECH Edu telah diberi kepercayaan untuk membantu menjayakan program ini.

PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA bertujuan untuk memberi pengukuhan asas sains yang merangkumi komponen Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains Kejuruteraan. Program ini  terbuka kepada semua calon-calon peperiksaan SPM. Permohonan adalah berdasarkan Peperiksaan Percubaan SPM.

Menariknya program ini adalah di mana pelajar berpeluang merasai suasana pembelajaran dalam persekitaran universiti seterusnya mereka berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma bagi program-program DIPLOMA KEJURUTERAAN di UTHM. Program ini akan dilaksanakan dalam tempoh satu semester iaitu selama empat(4) bulan, bermula pada Januari sehingga April.

Berikut adalah senarai program-program kejuruteraan UTHM:
      
      1.Diploma Kejuruteraan Awam
      2.Diploma Kejuruteraan Mekanikal
      3.Diploma Kejuruteraan Elektrik
      4.Diploma Teknologi Kejuruteraan Awam
      5.Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
      6.Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik
      7.Diploma Teknologi Maklumat
      8.Diploma Sains Gunaan

Program ini akan dilaksanakan dalam tempoh satu semester. Kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah secara kuliah, amali, tutorial, dan pembentangan dalam kuliah.

Komponen Pengajian (Akan dimaklumkan kelak)
PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM
Jangka Masa
Tempoh pengajian adalah selama 1 semester (4 bulan kuliah) bermula Januari hingga April.

Syarat Kemasukan (Akan dimaklumkan kelak)

Kos Pengajian (Akan dimaklumkan kelak)

Tarikh Penting (Akan dimaklumkan kelak)

Permohonan








Tawaran
Pemohon perlu membuat semakan dan pengesahan tawaran dari masa ke semasa.

Maklumat Lanjut
Pejabat Am K-UTECH Edu Sdn. Bhd.
Blok C, UTHM (Kampus Bandar),
Jalan Cempaka 1, Taman Bunga Cempaka Biru,
86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.
No. Tel    : 07-453 1334
No. Faks  : 07-453 1650
E-mel      : kutechedu.uhsb@uthm.edu.my

Sekilas Pandang
Sekilas pandang program yang lepas --> KLIK
PEJABAT URUSAN
Blok C, UTHM (Kampus Bandar), Jalan Cempaka 1, Taman Bunga Cempaka Biru,
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.
Telefon : 07 - 453 1334 | Faks : 07 - 453 1650
K-UTECH Edu Sdn. Bhd.
E-mel : kutechedu.uhsb@uthm.edu.my
DRIVING PASSION
DELIVERING EXCELLENCE


 
Pemohon yang ingin mengikuti program ini perlu membuat permohonan secara online.
Tarikh tutup permohonan
Semua dokumen yang diperlukan (TELAH DISAHKAN).
Pemohon hanya boleh membuat permohonan sekali sahaja. Pengubahsuaian maklumat adalah TIDAK DIBENARKAN.
Makluman Program Persediaan Diploma 2014