Program Persediaan Diploma UTHM

Di sini Bermulanya Kehidupan Universiti Anda

Program Persediaan Diploma UTHM (PDIPUTHM)

  • Program Persediaan Diploma UTHM pengambilan pertama pada tahun 2011 dan dilaksanakan sehingga kini. Program Persediaan Diploma UTHM ini dibentuk bukan sahaja membantu mengukuhkan pengetahuan pelajar ke peringkat diploma UTHM dan penyesuaian suasana pembelajaran di Universiti. Malahan dapat menyokong keperluan pengetahuan pelajar dalam bidang matematik, sains kejuruteraan dan bahasa inggeris.
  • Seterusnya membantu mempraktikkan pencapaian akademik sewaktu menjalani program persediaan ke universiti seperti asasi, matrikulasi dan mana-mana program diploma di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
  • Program ini terbuka kepada semua calon-calon Peperiksaan SPM. Permohonan adalah berdasarkan Keputusan Peperiksaan Percubaan SPM semasa.
  • Program ini dilaksanakan dibawah Pusat Pengajian Diploma (PPD) UTHM dengan kerjasama UTHM Holdings Sdn Bhd melalui K-UTECH Edu Sdn Bhd.
  • Pelaksanaan Program Persediaan Diploma UTHM adalah dibawah pemantauan Unit Audit Dalaman Universiti melalui Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik (PPLA). Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik (PPLA) berperanan memantau keseluruhan program mengikut dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti serta mengawal selia kualiti program khususnya aspek akademik.
  • Program ini dilaksanakan dalam tempoh satu semester iaitu selama empat(4) bulan, bermula pada Januari sehingga April setiap tahun.
DSC_2631

Pelaksanaan Program Persediaan Diploma UTHM bermula pada tahun 2011 sehingga kini. Berikut statistik pengambilan pelajar dan tawaran kemasukan ke Program Diploma UTHM melalui Program Persediaan Diploma dari tahun 2011 sehingga 2017.

Statistik Penawaran Program Diploma melalui Persediaan Diploma UTHM (Tahun 2011-2016)

  • Jumlah Pelajar Program Persediaan Diploma UTHM
  • Jumlah Tawaran Diploma melalui Program Persediaan Diploma UTHM