Program Persediaan Ijazah UTHM

Melangkah Ke hadapan Lebih Jauh

Kelangsungan kejayaan perlaksanaan Program Persediaan Diploma, dilihat sebagai satu langkah positif untuk mengadakan Program Persediaan Ijazah UTHM.

Program Persediaan Ijazah UTHM (PPIUTHM) merupakan program pengukuhan kursus asas yang merangkumi ilmu Matematik, Bahasa Inggeris, Teknologi Maklumat serta subjek tambahan mengikut 3 pilihan pengkhususan berikut:

i) Kejuruteraan,

ii) Pendidikan

iii) Pengurusan

dimana selaras dengan kehendak program-program akademik di peringkat Ijazah Sarjana Muda UTHM. Program ini memberi peluang kepada calon-calon pelajar meningkatkan penguasaan mereka dalam pengkhususan tersebut.

Seterusnya menjadi salah satu syarat untuk melayakkan mereka memohon untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di UTHM. Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar lepasan STPM, Matrikulasi dan Diploma.

Program ini berlangsung selama tiga (3) bulan, bermula pada Mei sehingga Julai setiap tahun.

Program ini mengorak langkah yang pertama dalam pengambilan Mei 2014 iaitu seramai 44 orang pelajar telah dipilih untuk mengikuti program ini. Kesemua pelajar ini telah diterima masuk ke pusat-pusat IPTA dalam pelbagai bidang khususnya kejuruteraan di UTHM. Program Persediaan Ijazah UTHM ambilan 2015, seramai 69 orang pelajar telah mengikuti program ini dan dibahagikan kepada 2 pengkhususan iaitu kejuruteraan dan pengurusan. 97 % pelajar telah berjaya melepasi syarat kemasukan dan telah ditawarkan ke Program Ijazah Sarjana Muda UTHM ambilan September 2015 dan Februari 2016. Pada tahun 2016, seramai 100 orang pelajar telah mengikuti program ini. Pelaksanaan program pada tahun 2016, pelajar dibahagikan kepada 2 pengkhususan iaitu kejuruteraan dan pendidikan. Melalui program ini 97 % pelajar telah berjaya melepasi syarat kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda UTHM  melalui Program Persediaan Ijazah.

Statistik Tawaran Ijazah Sarjana Muda UTHM Melalui Program Persediaan Ijazah UTHM (Tahun 2014-2016)

  • Jumlah Pelajar Program Persediaan Ijazah UTHM
  • Jumlah Tawaran Ijazah Sarjana Muda UTHM melalui Program Persediaan Ijazah UTHM)

Struktur kurikulum Program Persediaan Ijazah ini terbahagi kepada 3 pilihan pengkhususan iaitu : 

1. PENGKHUSUSAN KEJURUTERAAN

  • Senarai Subjek Kejuruteraan
KOD KURSUS CREDIT
PSM00103 COMMUNICATIVE ENGLISH 3
PSM00203 INFORMATION TECHNOLOGY 3
PSM00303 COMPUTATIONAL ALGEBRA 3
PSM00403 ESSENTIAL CALCULUS 3
PSM00503 FUNDAMENTAL SCIENCE 3
PSM00603 ENGINEERING PRACTICE 3

JUMLAH

18

 Laluan lepasan pengkhususan kejuruteraan ke fakulti-fakulti berikut:

  1. Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS)
  2. Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE)
  3. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP)
  4. Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) 

2. PENGKHUSUSAN PENGURUSAN

  •  Senarai Subjek Pengurusan 
KOD KURSUS CREDIT
PSM00103 COMMUNICATIVE ENGLISH 3
PSM00203 INFORMATION TECHNOLOGY 3
PSM00303 COMPUTATIONAL ALGEBRA 3
PSM11403 PRINCIPAL OF ACCOUNTING 3
PSM11303 PRINCIPAL OF MANAGEMENT 3
PSM33803 BASIC STATISTICS 3

JUMLAH

18

 Laluan lepasan pengkhususan pengurusan ke fakulti-fakulti berikut:

  1. Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP)
  2. Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM)

 3. PENGKHUSUSAN PENDIDIKAN

  • Senarai Subjek Pendidikan 
KOD KURSUS CREDIT
PSM00103 COMMUNICATIVE ENGLISH 3
PSM00203 INFORMATION TECHNOLOGY 3
PSM00303 COMPUTATIONAL ALGEBRA 3
PSM00903 TEACHER CHARECTER DEVELOMENT AND LEADERSHIP 3
PSM00803 FUNDAMENTAL OF TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION AND TRAINING (TVET) 3
PSM00703 TEACHER PROFESSIONALISM 3

JUMLAH

18

 Laluan lepasan pengkhususan pendidikan ke fakulti-fakulti berikut:

  1. Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional (FPTV)

Melalui program ini membantu memberi peluang kepada pelajar-pelajar meningkatkan penguasaan mereka dalam kursus-kursus tersebut. Seterusnya menjadi salah satu syarat untuk melayakkan mereka memohon untuk mengikuti program sarjana muda yang ditawarkan di UTHM. Berikut adalah senarai program Ijazah Sarjana Muda UTHM:

**# Fakulti Kejuruteraan Elektrik Elektronik (FKEE) #**

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian

___________________________________________________________________________________________

**# Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS) #**

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian

___________________________________________________________________________________________

**# Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan (FKMP) #**

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian

___________________________________________________________________________________________

**# Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) #**

  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Perkhidmatan Bangunan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Pembinaan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Automasi Industri) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Elektrik) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi dan Komputer) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil Industri) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan Industi) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Loji) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) dengan Kepujian

____________________________________________________________________________________________

**# Fakulti Sains Komputer Teknologi Maklumat (FSKTM) #**

  • Sarjana Muda Teknologi Maklumat
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Pengkomputeran Multimedia)

dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Maklumat) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Teknologi Web) dengan Kepujian

____________________________________________________________________________________________

**# Fakulti Pengurusan Teknologi Perniagaan (FPTP) #**

  • Sarjana Muda Pengurusan Teknologi dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pengeluaran & Operasi)

dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pembinaan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot) dengan Kepujian

____________________________________________________________________________________________

**# Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) #**

  • Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Elektrik dan Elektronik) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Binaan Bangunan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Multimedia Kreatif) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Pemesinan Am) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Kimpalan dan Fabrikasi Logam) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Penyejukbekuan & Penyamanan Udara) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Katering) dengan Kepujian

____________________________________________________________________________________________

*SILA PASTIKAN APLIKASI GOOGLE CHROME YANG TERKINI DIGUNAKAN KETIKA MENGISI BORANG PERMOHONAN ONLINE.

*Pelajar perlu mendapat sekurang-kurangnya BAND 2 dalam MUET dan telah mendaftar di dalam sistem UPU.

Permohonan adalah berdasarkan keputusan STPM, Diploma dan Matrikulasi. Sila pilih salah satu kelayakan di bawah untuk memohon.

  1. Permohonan menggunakan keputusan STPM -> KLIK SINI
  2. Permohonan menggunakan keputusan Diploma -> KLIK SINI
  3. Permohonan menggunakan keputusan Matrikulasi -> KLIK SINI